Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label symptomps. Show all posts
Showing posts with label symptomps. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

20 weeks : Demam dan selesema

Assalamualaikum

[ Alhamdulillah, we are already half way of the 40 weeks journeyy!!! ]

Last week seminggu direct ayah and mama bercuti and of course lah balik kampung kita di Kedah yayy! Cuti sempena Chinese New Year. Tapi hari Sabtu tu p daftar ayah masuk Uitm . Yes, insyaallah ayah akan sambung his Masters in Architecture for two years full time, starting from this March. Let us pray that everything run smoothly supaya ayah dapat belajar dengan cemerlang dan menjadi Arkitek yang berjaya dan beriman. Nanti dapatlah mama bersara awal dan boleh dok rumah mengulit dengan anak-anak mama sahaja aminnn hihi.

On other note, masa pi daftar ayah tu cuaca adalah sangat panas yang amat. Mama pulak asyik kluar masuk air cond, terus badan dah macam nak demam2. Dahla hari Jumaat tu mmg dapat early sign nak demam dah huhu. Malam Sabtu tu terus la suhu badan naik, tapi x berani amik ubat sbb takut affect baby huhu. So mama just pakai cool fever patch and minum banyak air. Esok tu bertolak balik kampung panas dah kurang cuma selsema pulak set in adoi..Kifarah dosa lah tu uhuu 

Dah sampai kampung, demam adalah on off. Selsema makin teruk, maka habislah semua orang suruh ayah bawa mama p klinik. Call tok mak minta suggestion klinik, she suggested PMC and tok mak sounds worry sbb mama xmau makan ubat dari awal-awal huhu tu yang demam lama tu. Last we decided to go to Poliklinik Latifah dekat rumah ja. Dah jumpa Doktor, Dr senyum ja bila mama cerita2 semua. Dr kata nothing much to worry, just rehat and minum air n makan ubat yg dia bg. It should be safe for pregnant women lah katanya. Da alang-alang kat klinik, mama minta kat ayah nak scan baby and he agreed yayy.

Masuk bilik khas, Alhamdulillah mama and ayah can see u kicking actively. Before tu, Dr tanya dah rasa ke baby gerak2. Mama cakap macam dah, tapi mcam x reti juga nak differ dengan perut lapar hahah. So seeing that, mama dah makin pasti yg mama dok rasa selama ini ialah kicking baby yayy! Doktor ukur kepala baby, tunjuk tulang kaki baby and also nmpak full body baby.Were you waving at mama and ayah that night baby?Haha comell sgt. Alhamdulillah, Dr kata baby dah lengkap tapi kali ni baby x nak tunjuk ehem ehem so x boleh nak sure lagi  boy ka gegirl hihi.

So for note, mama actually felt your first kicking on 04 February 2013. You were kicking hard sampai mama jadi geli perut hahah.

Dan Alhamdulillah, placenta mama rasanya dah move forward, no more 'very low lying' like before. Harap-harap dia stays atas sampai delivery nanti la hihi. 

Love,
Mama

Monday, February 4, 2013

19 weeks

Alhamdulillah
Hari ni dah 19 weeks and 1 day pregnant
Ikut ticker kat bawah ni baby is the size of a mango! Hahaha comelnyaa anak mama
Simptom-simptom terkini:

  • Pening kepala
  • Sakit pinggang kiri kanan (used to be on the left side only)
  • Muntah sikit2 lagi bila petang
  • Lenguh kat perut betis haha
  • Perut makin besar tapi masih belum obvious (kot?)
  • Makannnnn adalah banyak Alhamdulillah
  • I think I have started feeling the baby's movement haha. Tapi tahla btoi ka dak, ka perut mama ja yang meletup2 sebab lapar hahah
Lusa next checkup kat KKIA. Harap-harap semuanya ok. Hihi harap-harap doktor scan. Love u baby!

Love,
Mama

Friday, November 16, 2012

Rahsia + Evening sickness

Assalamualaikum

Hai baby mama..dok buat apa tu..tengah membesar dengan jayanya kan?Hihi mama berdoa agar baby membesar dengan sempurna,sihat dan kuat tau. Harini kalau ikut baby centre baby dah 7 weeks and 5 days.Alhamdulillah,semoga semuanya selamat dan di bawah perlindungan Allah.

Mengandung kali ni mama memang x bagitau dekat sapa-sapa lagi kecuali family dan seorang kakak di ofis mama. Bestfrens mama pun semuaaa belum tau. Tapi  Aunty Amie yang ada di Jepun macam dah dapat tau thanks to hasil tulisan laser makttsu awak di facebook haha. Mama sempat baca message Aunty Ami kat facebook sebelum mama offline kelmarin tapi mama x dan reply. InsyaAllah mama akan reply nanti bila mama dah 14 weeks haha. Harap maaf aunties n uncless sekalian kalau selepas ini anda membaca mengenai coretan ini.. Bukan sengaja nak rahsia, tapi ini adalah atas permintaan daripada nenek-nenek saya dan juga mak mak saudara saya supaya merahsiakan dahulu perkara ini dan anda semua tentu maklum dengan sejarah sebelum ini hihi. Sejujurnya, mama sendiri pun x berani lagi nak bagitau kepada semua orang. Perasaan takut atas kehilangan yang pertama dahulu masih menebal dan mama percaya perasaan ini tak akan hilang sehinggalah permata hati yang mama kandungi ini selamat berada dalam pelukan mama selapas dilahirkan nanti. Waktu itu, barulah akan hilang segala perasaan risau dan takut tersebut..Hal ini jugalah yang pernah mama dengar daripada sahabat baik mama yang pernah merasai pengalaman yang sama dan Alhamdulillah, Aunty Nabilah telah selamat melahirkan kawan kepada baby yang sangat comel dan adorable, si cantik Hana Nafisa.

Oh ya,mengandung kali ini juga sama dengan semasa mama mengandungkan abang baby dulu(walaupun tidak pasti jantina arwah baby kami dahulu, namun mama dan ayahnya ini bersepakat memanggilnya si 'abang' haha).Alhamdulillah, tiada morning sickness, tiada muntah yang teruk dan yang paling best selera makan adalah seperti  biasa, mama makannnn banyak!haha...Cuma adalah beberapa simptom yang biasa iaitu senang sangat mengantuk, dan juga mama akan sedikit loya ketika solat di waktu petang. Lambat makan juga akan menyebabkan angin yang agak dahsyat yang selalunya berakhir dengan paksaan muntah haha.

Dan lagi satu,lately ni mama asyik pening kepala di waktu petang. Tidak pasti kenapa tapi tadi mama tergerak untuk merasakan bahawa kandungan HB mama rendah atau mungkin juga tekanan darah mama rendah.Harus ajak ayah mencari bayam dan buah delima petang ini hahah...Xdak morning sickness tapi mama rasa mama kena evening sickness la baby haha but at least I know, with these symptoms there is(or perhaps are?haha)  beautiful creature residing inside my tummy. We love u baby!Please please stay strong and grow healthily.

With love,
Mama

p/s:Happy birthday to Tok Wan Ismail hensem hihi!