Assalamualaikum
Hai baby mama..dok buat apa tu..tengah membesar dengan jayanya kan?Hihi mama berdoa agar baby membesar dengan sempurna,sihat dan kuat tau. Harini kalau ikut baby centre baby dah 7 weeks and 5 days.Alhamdulillah,semoga semuanya selamat dan di bawah perlindungan Allah.
Mengandung kali ni mama memang x bagitau dekat sapa-sapa lagi kecuali family dan seorang kakak di ofis mama. Bestfrens mama pun semuaaa belum tau. Tapi Aunty Amie yang ada di Jepun macam dah dapat tau thanks to hasil tulisan laser makttsu awak di facebook haha. Mama sempat baca message Aunty Ami kat facebook sebelum mama offline kelmarin tapi mama x dan reply. InsyaAllah mama akan reply nanti bila mama dah 14 weeks haha. Harap maaf aunties n uncless sekalian kalau selepas ini anda membaca mengenai coretan ini.. Bukan sengaja nak rahsia, tapi ini adalah atas permintaan daripada nenek-nenek saya dan juga mak mak saudara saya supaya merahsiakan dahulu perkara ini dan anda semua tentu maklum dengan sejarah sebelum ini hihi. Sejujurnya, mama sendiri pun x berani lagi nak bagitau kepada semua orang. Perasaan takut atas kehilangan yang pertama dahulu masih menebal dan mama percaya perasaan ini tak akan hilang sehinggalah permata hati yang mama kandungi ini selamat berada dalam pelukan mama selapas dilahirkan nanti. Waktu itu, barulah akan hilang segala perasaan risau dan takut tersebut..Hal ini jugalah yang pernah mama dengar daripada sahabat baik mama yang pernah merasai pengalaman yang sama dan Alhamdulillah, Aunty Nabilah telah selamat melahirkan kawan kepada baby yang sangat comel dan adorable, si cantik Hana Nafisa.
Oh ya,mengandung kali ini juga sama dengan semasa mama mengandungkan abang baby dulu(walaupun tidak pasti jantina arwah baby kami dahulu, namun mama dan ayahnya ini bersepakat memanggilnya si 'abang' haha).Alhamdulillah, tiada morning sickness, tiada muntah yang teruk dan yang paling best selera makan adalah seperti biasa, mama makannnn banyak!haha...Cuma adalah beberapa simptom yang biasa iaitu senang sangat mengantuk, dan juga mama akan sedikit loya ketika solat di waktu petang. Lambat makan juga akan menyebabkan angin yang agak dahsyat yang selalunya berakhir dengan paksaan muntah haha.
Dan lagi satu,lately ni mama asyik pening kepala di waktu petang. Tidak pasti kenapa tapi tadi mama tergerak untuk merasakan bahawa kandungan HB mama rendah atau mungkin juga tekanan darah mama rendah.Harus ajak ayah mencari bayam dan buah delima petang ini hahah...Xdak morning sickness tapi mama rasa mama kena evening sickness la baby haha but at least I know, with these symptoms there is(or perhaps are?haha) beautiful creature residing inside my tummy. We love u baby!Please please stay strong and grow healthily.
With love,
Mama
p/s:Happy birthday to Tok Wan Ismail hensem hihi!
p/s:Happy birthday to Tok Wan Ismail hensem hihi!
No comments:
Post a Comment