Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, December 26, 2012

13 weeks:The day that ayah and mama got that little heart attack

Assalamualaikum wbt

Hi sayang, what are doing inside mummy's tummy?I pray that everything is well and you are growing healthily. Today we are already 13 weeks and 3 days Alhamdulillah. Anyhow sayang, just three days ago, exactly at the age of 13 weeks, you really gave mama and ayah that little heart attack. That little drama. Here goes the story.

.....

Ayah had just arrived back from Bandung the day before on Saturday. So on Sunday, mama really wanted to heret him to Bid Bag Wolf book sale, as Sunday was the last day for it. Ayah said ok yes we will be going there after Zohor so have to siap2 around 12 la. So being mama yang always late nak siap (hihi), I delay it until right exactly after Zohor Azan. I was actually doing my small busniness, when suddenly mama noticed a normal view of white discharge, but with a very strange colour, white with a line of brown. Right there, at that time, I knew it was BLOOD. My heart literally skipped a beat, Subhanallah, please Ya Allah not again!( my heart whispered).Panicked then  I called ayah , was trying to hold back my tears....(sob sob).

Unluckily ayah also turn on his panic button. He literally can not do anything, was just keep saying 'Jom p klinik jom p klinik..xleh nak pikiaq apa dah ni".I asked him for some tissue to check whether the blood is still there or not, and yes, it was still there,some more like brwonish spotting. Mama try to keep calm and ask ayah to check on any clinics that open on Sunday as our regular clinic was close. Managed to pray Zuhr first and then we went out to roam for any open clinics.

Fortunately, Alhamdulillah, after 2 clinics, one which only do scan on the next day and one which is closed -_-, we accidentally saw a maternity and surgery polyclinics. Met the doctor and told him the history and all, straight forwardly he asked to do the ultrasound. Mama was all nervous, ayah too. Right at the time we saw you in the screen, Mama could not contain my tears anymore. Alhamdulillah ya Allah, I can see you right inside my tummy looking like a little human already. And the best part was, we heard your heart beat clearly and loudly for the first time haha. The doctor try to locate your heart location buat he could not get the best position. But nevermind, mama and ayah were more than happy and contented to see you happily swimming inside mama's tummy. Comel sangat! And you my baby, is perfectly safe and sound inside the womb, Subhanallah Alhamdulillah!

The doctor said the blood may be explained by location of the placenta, which is low lying. And perhaps mama works or walk too much that cause it to bleed a bit. Mesti sebab mama sibuk ke jalan TAR on friday and kemas2 rumah before ayah balik kot huhu sorry baby. Mama dont know. Please lepas ni jangan buat mama ayah kena heart attack lagi ye.

Anak bertuah ayah dan mama

We love you so much baby!

Love,
Mama

Friday, December 21, 2012

Alhamdulillah, We are twelve!

Alhamdulillah!This week marks our 12 weeks of pregnancy yayyy (today is 12 weeks 5 days)!Alhamdulillah,syukur kepada Allah atas segala nikmat dan anugerah terindah ini. So untuk baby sayang, please stay strong hold in there we got another 28 weeks to go yuhuuu... Mama and ayah and everrryyyyyone loves you so much!Petang esok kita p KLIA amik ayah dan tok mak  yang ikut office trip ayah ke Bandung and Jakarta.Amboi kemain ayah kan haha..Mama tak ikut sebab semua orang risau pasal kamu hihi so tok mak yang ganti (pandai2 ja mama panggil tok mak,xpa sbb senang nak recognise haha.tok mak dan tok mama).. Shopping sakan tok mak ayah kata haha..And juga sepanjang ketiadaan ayah di Malaysia ni,we say thanks to aunty peteh and aunty aminah sebab teman mama kat rumah for these two nights. Terhaaaaruu sgt! Terima kasih rakan-rakan=)

On the other note, evening sickness mama masih ada. Start before lunch smpai petang/malam mesti nak muntah mostly sebab angin lah. Yang lain-lain alhamdulillah ok semua. Tok mak kata sama mcm masa dia pregnant kat ayah baby dlu hihi.. Andddd surprisee paling best dari tok mak is tok mak dah siap jahit bedding set baby!!!Hahah excited kan semua nak sambut baby. Tapi mama x boleh tengok lagi ayah ja dah tengok. Tok mak kata mama kena tgu smpai rasa baby kicking2 dlu bru boleh tgok. Ok cepat baby kicking2 mama so mama boleh tgok bedding set tu hahaha. Tapi yang pasti, ianya penuhhh dengan kasih sayang hihi

 This is what my baby looks like at 12 weeks - from BabyCenter

With love,
Mama

Tuesday, December 4, 2012

10 weeks

Alhamdulillah

Harini kita dah 10 weeks 2 days baby. Minggu lepas mak long,pak long,pak lang mak lang dan kazensss awak sebelah mama mai melawat kita. Lepas tu Wan Mat dan Tok Faredah juga mai with mak ngah dibah,mak lang minah,mak cik alia n mak su lina . Haha pandai-pandai ja mama bagi pangkat nama kat your auntiess sebab awak adalah anak saudara pertama mereka insyaAllah! so depa xdak panggilan nama pangkat lagi hihi.Semua orang layan kita baikkk sangat mama is terharu tambah2 tok dan wan awak itu. Semua benda tok yang buat, mama dok rehat ja hihi.

Ok update 10 minggu ni, mama dah start ada alahan dah. Muntah-muntah, pening kepala yang tu dah jadi satu normality dah la tambah-tambah waktu petang-malam. Ayah/baba(your father has started confusing us with the title LOL) lah penyelamat kena paksa urut kepala mama dan urut mama masa mama muntah. Kalau mama muntah kat ofis, memang mama sorang2 la. Selalunya mama akan muntah sebab anginnn sangat perut atau banyakkkk sangat makan haha.

Masa check in hotel time convo aunty minah mama muntah petang tu. Tiba-tiba dengar tok kata yang tok dulu pun evening sicknes juga haa jeng jeng jeng. Maka mama adalah sama mcam msa tok dulu hihi adakah kamu boboy mcm ayah?Haha xkisahlah, janji kamu sihat sempurna menjadi anak soleh/ah mama ayah ok sayang...We love youu so much!

p/s:esok kita ada appointment dengan KKIA...Ayah dah x sabar2 nak tengok the latest kamu dalam rahim mama ni hihi. 

Thursday, November 22, 2012

Syurga...

If he were here, he would be turning 1 year old today...Salam sayang dari mama dan ayah abang baby.Bahagialah kamu anak di syurga sana sayang...

Friday, November 16, 2012

Rahsia + Evening sickness

Assalamualaikum

Hai baby mama..dok buat apa tu..tengah membesar dengan jayanya kan?Hihi mama berdoa agar baby membesar dengan sempurna,sihat dan kuat tau. Harini kalau ikut baby centre baby dah 7 weeks and 5 days.Alhamdulillah,semoga semuanya selamat dan di bawah perlindungan Allah.

Mengandung kali ni mama memang x bagitau dekat sapa-sapa lagi kecuali family dan seorang kakak di ofis mama. Bestfrens mama pun semuaaa belum tau. Tapi  Aunty Amie yang ada di Jepun macam dah dapat tau thanks to hasil tulisan laser makttsu awak di facebook haha. Mama sempat baca message Aunty Ami kat facebook sebelum mama offline kelmarin tapi mama x dan reply. InsyaAllah mama akan reply nanti bila mama dah 14 weeks haha. Harap maaf aunties n uncless sekalian kalau selepas ini anda membaca mengenai coretan ini.. Bukan sengaja nak rahsia, tapi ini adalah atas permintaan daripada nenek-nenek saya dan juga mak mak saudara saya supaya merahsiakan dahulu perkara ini dan anda semua tentu maklum dengan sejarah sebelum ini hihi. Sejujurnya, mama sendiri pun x berani lagi nak bagitau kepada semua orang. Perasaan takut atas kehilangan yang pertama dahulu masih menebal dan mama percaya perasaan ini tak akan hilang sehinggalah permata hati yang mama kandungi ini selamat berada dalam pelukan mama selapas dilahirkan nanti. Waktu itu, barulah akan hilang segala perasaan risau dan takut tersebut..Hal ini jugalah yang pernah mama dengar daripada sahabat baik mama yang pernah merasai pengalaman yang sama dan Alhamdulillah, Aunty Nabilah telah selamat melahirkan kawan kepada baby yang sangat comel dan adorable, si cantik Hana Nafisa.

Oh ya,mengandung kali ini juga sama dengan semasa mama mengandungkan abang baby dulu(walaupun tidak pasti jantina arwah baby kami dahulu, namun mama dan ayahnya ini bersepakat memanggilnya si 'abang' haha).Alhamdulillah, tiada morning sickness, tiada muntah yang teruk dan yang paling best selera makan adalah seperti  biasa, mama makannnn banyak!haha...Cuma adalah beberapa simptom yang biasa iaitu senang sangat mengantuk, dan juga mama akan sedikit loya ketika solat di waktu petang. Lambat makan juga akan menyebabkan angin yang agak dahsyat yang selalunya berakhir dengan paksaan muntah haha.

Dan lagi satu,lately ni mama asyik pening kepala di waktu petang. Tidak pasti kenapa tapi tadi mama tergerak untuk merasakan bahawa kandungan HB mama rendah atau mungkin juga tekanan darah mama rendah.Harus ajak ayah mencari bayam dan buah delima petang ini hahah...Xdak morning sickness tapi mama rasa mama kena evening sickness la baby haha but at least I know, with these symptoms there is(or perhaps are?haha)  beautiful creature residing inside my tummy. We love u baby!Please please stay strong and grow healthily.

With love,
Mama

p/s:Happy birthday to Tok Wan Ismail hensem hihi!

Friday, November 9, 2012

1st checkup

Assalamualaikum

Tarikh: 5 November 2012
Tempat: Klinik Kesihatan Selayang Baru

Ok harini lepas dah check UPT and dah round sakan cari klinik untuk sahkan kehadiran little caliph dalam mama's womb ni (sampai ke Shah Alam kami p sbb x jumpa klinik yang buka on Sunday haha), maka kami pun decided to buka 'buku merah' awai sebab history yang terdahulu.

Mula-mula sebelum p klinik, saya call dulu untuk tanya ada hari tertentu tak untuk buka buku baru dan lega bila nurse kata x da, mai ja pagi hari apa pun xpa. Yalah, sebab masa abang baby dulu, kat KK Batu Belah,   nak buka buku baru hanya pada hari Isnin. Oleh itu, maka kami pun setuju untuk p pada hari Rabu 5 November sebab tak tau sebab apa haha.

Breakfast dulu sebelum p klinik sbb tau dah org ramai. Sampai klinik, MasyaAllah sangaaaatlah ramai manusia. Ketaq tengok org ramai sampai saya nak tanya prosedur kat nurse pn jd takut. Maka saya hanya letak ic kad dalam bakul tanpa membuat apa. Hanya menunggu. 

Lepas lebih kurang 45 minit, tiba-tiba dengar nama saya dipanggil. Bila p kat nurse, dia tanya dah check kencing ka, saya blur. Saya jawab tak, pastu dia tanya kencing dak lagi, saya jawab tak juga to which membawa kepada kemarahan dia huhu. Rupa-rupanya untuk daftar or follow up bulan-bulan tu, sampai2 kena p kencing dulu. Simpan urin kat tempat khas and tunggu ada nurse panggil untuk check urine. Pasrah ja kena marah depan semua orang, oh I is malu tapi nak buat mcm mana. Yala saya dok compare masa checkup kat KKBB dulu x macam ni pun. Siap ada personal nurse mai interview lagi sob sob.Tambah menyedihkan lepas tu saya keja dok tanya kat nurse tapi depa semua macam nak layan x layan. Ramai org sgt kot haritu, nurse pun penat. Sangka baik2 haha

Takpala, nasib baik encik suami teman. Boleh la dok curah perasaan kat dia. Then tungu punya tunggu, nurse yang pertama tadi panggil. Nasib baik dah urinate n dah check kencing hehe.Masuk bilik 1 dia macam interview sikit. LMP bila, dah check kat klinik ka, bila buat UPT and paling terkejut dia mnta salinan ic n kad nikah. Habislah kena marah lagi huhu sbb x dak..Tanya dia kalau ic orginal xpa dak sbb husband ada, n kad kahwin tu Alhamdulillah saya mmg bawa salinan surat nikah kami dalam purse. Dia kata xpa. Perghhh nasib baik!haha

Lepas tu dia suh p timbang berat,amik ketinggian, BP smua. Then tungguu lagi untuk amik darah pulak. Masuk bilik darah (haha) amik satu tube check FBC semua. Nurse tu baik n sgt terer x sakit pun hehe. Dah siap p hntaq darah tu kat makmal pulak, tunggu result then bagi balik kat nurse yang timbang tadi. Dapat nombor then tunggu untuk jumpa nurse garang 1 tadi. Dia buka buku baru untuk saya tulis2 report yang dapat dari lab tadi semua. Pastu dia kata dia akan bagi vitamin. Ok saya angguk ja. Pastu dia bagi nombor untuk jumpa Dr. Yayyy boleh jumpa baby.

Tungguu pulak untuk jumpa Dr. Ingtkan dpt tengok baby tp sbb awai lagi, Dr just note dlm buku merah utk repeat scan on exet visit. Oh I is pasrah again.It's okay we will see you again in 4 weeks time sayang.

Dah siap jumpa Dr, maka dah boleh balik. Maka kami pun balik untuk pergi lunch. Dah sampai kat kedai, barulah saya perasan eh tadi nurse kata nak bagi vitamin tapi x dak pun. Aaaa sudah kena patah balik. Nasib baik encik suami ok ja, maka patahhh balik. Masuk balik jmpa nurse garang 1, tya dia psai vitamin tu. Mula2 dia mcm x pham pastu explain yang td dia kata nk bag ubat kan tapi xdak. Pening jga nurse ni haha. Last2 dia tya 'Oh saya x bg ka td..'..dakkkkkkkk nurse  nurse x bagi punnnnn (dalam hati ja la). Dapat pil merah obimin tu maka kami pun balik dengan perasaan bercampur baur haha.

So next check up will be on 5 Disember 2012.











Thursday, November 8, 2012

Khauf wa rajaa'

Assalamualaikum

Hi baby comel mama.Tengah buat apa tu (haha)..Mama harap baby tengah membesar dengan jayanya. Kalau ikutkan baby centre, mama harini dah 6 weeks (to be exact 6 weeks 4 days) pregnant. Alhamdulillah, semoga kita berdua berjaya menempuh 40 minggu yang penuh cabaran ini bersama. Tiada doa daripada mama dan ayah melainkan semoga baby mama ini membesar dengan sempurna, sihat dan menjadi anak yang beriman,soleh/ah dan taat kepada perintah Allah...dan semestinya mama dan ayah berdoa supaya Allah melindungi kamu selama mana kamu berada dalam rahim mama dan sampai bila-bila.

Ketahuilah bahawasanya kehadiran kamu dalam hidup mama dan ayah, malahan tok-tok dan wan-wan kamu AMAT-AMATLAH dinantikan. Kamu hadir dalam kehidupan kami hampir selepas setahun 4 bulan mama dan ayah 'kehilangan' permata pertama kami. Sebuah penantian yang agak lama dan penuh dengan pelbagai perasaan namun Alhamdulillah, mama dan ayah bersyukur atas segala ujian dan dugaan yang kami terima..Sungguh, perit kehilangan masih tersa hingga kini namun keahdiran kamu juga merupakan detik yang paling istimewa buat kami.

Khauf wa Rajaa'.Takut dan berharap. Itulah yang boleh disimpulkan mengenai persaan mama dan ayah bersama kandungan mama kali ini.Takut dengan segala ujian yang mungkin datang semasa mengandungkan kamu dan memebesarkan kamu dan dalam masa yang sama tidak putus berdoa dan berharap agar kamu sentiasa sihat, membesar dengan sempurna dan menjadi anak soleh/ah mama ayah..Amin ya Allah.



وَلاَ تُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ بَعْدَ إِصْلاَحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفاً وَطَمَعاً إِنَّ رَحْمَتَ اللّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ

Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdo'alah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.

Surah al-Aa'raf :56


Kami pohon yang terbaik dariMu ya Allah....perkenankanlah....