Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, November 9, 2012

1st checkup

Assalamualaikum

Tarikh: 5 November 2012
Tempat: Klinik Kesihatan Selayang Baru

Ok harini lepas dah check UPT and dah round sakan cari klinik untuk sahkan kehadiran little caliph dalam mama's womb ni (sampai ke Shah Alam kami p sbb x jumpa klinik yang buka on Sunday haha), maka kami pun decided to buka 'buku merah' awai sebab history yang terdahulu.

Mula-mula sebelum p klinik, saya call dulu untuk tanya ada hari tertentu tak untuk buka buku baru dan lega bila nurse kata x da, mai ja pagi hari apa pun xpa. Yalah, sebab masa abang baby dulu, kat KK Batu Belah,   nak buka buku baru hanya pada hari Isnin. Oleh itu, maka kami pun setuju untuk p pada hari Rabu 5 November sebab tak tau sebab apa haha.

Breakfast dulu sebelum p klinik sbb tau dah org ramai. Sampai klinik, MasyaAllah sangaaaatlah ramai manusia. Ketaq tengok org ramai sampai saya nak tanya prosedur kat nurse pn jd takut. Maka saya hanya letak ic kad dalam bakul tanpa membuat apa. Hanya menunggu. 

Lepas lebih kurang 45 minit, tiba-tiba dengar nama saya dipanggil. Bila p kat nurse, dia tanya dah check kencing ka, saya blur. Saya jawab tak, pastu dia tanya kencing dak lagi, saya jawab tak juga to which membawa kepada kemarahan dia huhu. Rupa-rupanya untuk daftar or follow up bulan-bulan tu, sampai2 kena p kencing dulu. Simpan urin kat tempat khas and tunggu ada nurse panggil untuk check urine. Pasrah ja kena marah depan semua orang, oh I is malu tapi nak buat mcm mana. Yala saya dok compare masa checkup kat KKBB dulu x macam ni pun. Siap ada personal nurse mai interview lagi sob sob.Tambah menyedihkan lepas tu saya keja dok tanya kat nurse tapi depa semua macam nak layan x layan. Ramai org sgt kot haritu, nurse pun penat. Sangka baik2 haha

Takpala, nasib baik encik suami teman. Boleh la dok curah perasaan kat dia. Then tungu punya tunggu, nurse yang pertama tadi panggil. Nasib baik dah urinate n dah check kencing hehe.Masuk bilik 1 dia macam interview sikit. LMP bila, dah check kat klinik ka, bila buat UPT and paling terkejut dia mnta salinan ic n kad nikah. Habislah kena marah lagi huhu sbb x dak..Tanya dia kalau ic orginal xpa dak sbb husband ada, n kad kahwin tu Alhamdulillah saya mmg bawa salinan surat nikah kami dalam purse. Dia kata xpa. Perghhh nasib baik!haha

Lepas tu dia suh p timbang berat,amik ketinggian, BP smua. Then tungguu lagi untuk amik darah pulak. Masuk bilik darah (haha) amik satu tube check FBC semua. Nurse tu baik n sgt terer x sakit pun hehe. Dah siap p hntaq darah tu kat makmal pulak, tunggu result then bagi balik kat nurse yang timbang tadi. Dapat nombor then tunggu untuk jumpa nurse garang 1 tadi. Dia buka buku baru untuk saya tulis2 report yang dapat dari lab tadi semua. Pastu dia kata dia akan bagi vitamin. Ok saya angguk ja. Pastu dia bagi nombor untuk jumpa Dr. Yayyy boleh jumpa baby.

Tungguu pulak untuk jumpa Dr. Ingtkan dpt tengok baby tp sbb awai lagi, Dr just note dlm buku merah utk repeat scan on exet visit. Oh I is pasrah again.It's okay we will see you again in 4 weeks time sayang.

Dah siap jumpa Dr, maka dah boleh balik. Maka kami pun balik untuk pergi lunch. Dah sampai kat kedai, barulah saya perasan eh tadi nurse kata nak bagi vitamin tapi x dak pun. Aaaa sudah kena patah balik. Nasib baik encik suami ok ja, maka patahhh balik. Masuk balik jmpa nurse garang 1, tya dia psai vitamin tu. Mula2 dia mcm x pham pastu explain yang td dia kata nk bag ubat kan tapi xdak. Pening jga nurse ni haha. Last2 dia tya 'Oh saya x bg ka td..'..dakkkkkkkk nurse  nurse x bagi punnnnn (dalam hati ja la). Dapat pil merah obimin tu maka kami pun balik dengan perasaan bercampur baur haha.

So next check up will be on 5 Disember 2012.











No comments:

Post a Comment