Thursday, November 22, 2012
Syurga...
If he were here, he would be turning 1 year old today...Salam sayang dari mama dan ayah abang baby.Bahagialah kamu anak di syurga sana sayang...
Friday, November 16, 2012
Rahsia + Evening sickness
Assalamualaikum
Hai baby mama..dok buat apa tu..tengah membesar dengan jayanya kan?Hihi mama berdoa agar baby membesar dengan sempurna,sihat dan kuat tau. Harini kalau ikut baby centre baby dah 7 weeks and 5 days.Alhamdulillah,semoga semuanya selamat dan di bawah perlindungan Allah.
Mengandung kali ni mama memang x bagitau dekat sapa-sapa lagi kecuali family dan seorang kakak di ofis mama. Bestfrens mama pun semuaaa belum tau. Tapi Aunty Amie yang ada di Jepun macam dah dapat tau thanks to hasil tulisan laser makttsu awak di facebook haha. Mama sempat baca message Aunty Ami kat facebook sebelum mama offline kelmarin tapi mama x dan reply. InsyaAllah mama akan reply nanti bila mama dah 14 weeks haha. Harap maaf aunties n uncless sekalian kalau selepas ini anda membaca mengenai coretan ini.. Bukan sengaja nak rahsia, tapi ini adalah atas permintaan daripada nenek-nenek saya dan juga mak mak saudara saya supaya merahsiakan dahulu perkara ini dan anda semua tentu maklum dengan sejarah sebelum ini hihi. Sejujurnya, mama sendiri pun x berani lagi nak bagitau kepada semua orang. Perasaan takut atas kehilangan yang pertama dahulu masih menebal dan mama percaya perasaan ini tak akan hilang sehinggalah permata hati yang mama kandungi ini selamat berada dalam pelukan mama selapas dilahirkan nanti. Waktu itu, barulah akan hilang segala perasaan risau dan takut tersebut..Hal ini jugalah yang pernah mama dengar daripada sahabat baik mama yang pernah merasai pengalaman yang sama dan Alhamdulillah, Aunty Nabilah telah selamat melahirkan kawan kepada baby yang sangat comel dan adorable, si cantik Hana Nafisa.
Oh ya,mengandung kali ini juga sama dengan semasa mama mengandungkan abang baby dulu(walaupun tidak pasti jantina arwah baby kami dahulu, namun mama dan ayahnya ini bersepakat memanggilnya si 'abang' haha).Alhamdulillah, tiada morning sickness, tiada muntah yang teruk dan yang paling best selera makan adalah seperti biasa, mama makannnn banyak!haha...Cuma adalah beberapa simptom yang biasa iaitu senang sangat mengantuk, dan juga mama akan sedikit loya ketika solat di waktu petang. Lambat makan juga akan menyebabkan angin yang agak dahsyat yang selalunya berakhir dengan paksaan muntah haha.
Dan lagi satu,lately ni mama asyik pening kepala di waktu petang. Tidak pasti kenapa tapi tadi mama tergerak untuk merasakan bahawa kandungan HB mama rendah atau mungkin juga tekanan darah mama rendah.Harus ajak ayah mencari bayam dan buah delima petang ini hahah...Xdak morning sickness tapi mama rasa mama kena evening sickness la baby haha but at least I know, with these symptoms there is(or perhaps are?haha) beautiful creature residing inside my tummy. We love u baby!Please please stay strong and grow healthily.
With love,
Mama
p/s:Happy birthday to Tok Wan Ismail hensem hihi!
p/s:Happy birthday to Tok Wan Ismail hensem hihi!
Friday, November 9, 2012
1st checkup
Assalamualaikum
Tarikh: 5 November 2012
Tempat: Klinik Kesihatan Selayang Baru
Ok harini lepas dah check UPT and dah round sakan cari klinik untuk sahkan kehadiran little caliph dalam mama's womb ni (sampai ke Shah Alam kami p sbb x jumpa klinik yang buka on Sunday haha), maka kami pun decided to buka 'buku merah' awai sebab history yang terdahulu.
Mula-mula sebelum p klinik, saya call dulu untuk tanya ada hari tertentu tak untuk buka buku baru dan lega bila nurse kata x da, mai ja pagi hari apa pun xpa. Yalah, sebab masa abang baby dulu, kat KK Batu Belah, nak buka buku baru hanya pada hari Isnin. Oleh itu, maka kami pun setuju untuk p pada hari Rabu 5 November sebab tak tau sebab apa haha.
Breakfast dulu sebelum p klinik sbb tau dah org ramai. Sampai klinik, MasyaAllah sangaaaatlah ramai manusia. Ketaq tengok org ramai sampai saya nak tanya prosedur kat nurse pn jd takut. Maka saya hanya letak ic kad dalam bakul tanpa membuat apa. Hanya menunggu.
Lepas lebih kurang 45 minit, tiba-tiba dengar nama saya dipanggil. Bila p kat nurse, dia tanya dah check kencing ka, saya blur. Saya jawab tak, pastu dia tanya kencing dak lagi, saya jawab tak juga to which membawa kepada kemarahan dia huhu. Rupa-rupanya untuk daftar or follow up bulan-bulan tu, sampai2 kena p kencing dulu. Simpan urin kat tempat khas and tunggu ada nurse panggil untuk check urine. Pasrah ja kena marah depan semua orang, oh I is malu tapi nak buat mcm mana. Yala saya dok compare masa checkup kat KKBB dulu x macam ni pun. Siap ada personal nurse mai interview lagi sob sob.Tambah menyedihkan lepas tu saya keja dok tanya kat nurse tapi depa semua macam nak layan x layan. Ramai org sgt kot haritu, nurse pun penat. Sangka baik2 haha
Takpala, nasib baik encik suami teman. Boleh la dok curah perasaan kat dia. Then tungu punya tunggu, nurse yang pertama tadi panggil. Nasib baik dah urinate n dah check kencing hehe.Masuk bilik 1 dia macam interview sikit. LMP bila, dah check kat klinik ka, bila buat UPT and paling terkejut dia mnta salinan ic n kad nikah. Habislah kena marah lagi huhu sbb x dak..Tanya dia kalau ic orginal xpa dak sbb husband ada, n kad kahwin tu Alhamdulillah saya mmg bawa salinan surat nikah kami dalam purse. Dia kata xpa. Perghhh nasib baik!haha
Lepas tu dia suh p timbang berat,amik ketinggian, BP smua. Then tungguu lagi untuk amik darah pulak. Masuk bilik darah (haha) amik satu tube check FBC semua. Nurse tu baik n sgt terer x sakit pun hehe. Dah siap p hntaq darah tu kat makmal pulak, tunggu result then bagi balik kat nurse yang timbang tadi. Dapat nombor then tunggu untuk jumpa nurse garang 1 tadi. Dia buka buku baru untuk saya tulis2 report yang dapat dari lab tadi semua. Pastu dia kata dia akan bagi vitamin. Ok saya angguk ja. Pastu dia bagi nombor untuk jumpa Dr. Yayyy boleh jumpa baby.
Tungguu pulak untuk jumpa Dr. Ingtkan dpt tengok baby tp sbb awai lagi, Dr just note dlm buku merah utk repeat scan on exet visit. Oh I is pasrah again.It's okay we will see you again in 4 weeks time sayang.
Dah siap jumpa Dr, maka dah boleh balik. Maka kami pun balik untuk pergi lunch. Dah sampai kat kedai, barulah saya perasan eh tadi nurse kata nak bagi vitamin tapi x dak pun. Aaaa sudah kena patah balik. Nasib baik encik suami ok ja, maka patahhh balik. Masuk balik jmpa nurse garang 1, tya dia psai vitamin tu. Mula2 dia mcm x pham pastu explain yang td dia kata nk bag ubat kan tapi xdak. Pening jga nurse ni haha. Last2 dia tya 'Oh saya x bg ka td..'..dakkkkkkkk nurse nurse x bagi punnnnn (dalam hati ja la). Dapat pil merah obimin tu maka kami pun balik dengan perasaan bercampur baur haha.
So next check up will be on 5 Disember 2012.
Thursday, November 8, 2012
Khauf wa rajaa'
Assalamualaikum
Hi baby comel mama.Tengah buat apa tu (haha)..Mama harap baby tengah membesar dengan jayanya. Kalau ikutkan baby centre, mama harini dah 6 weeks (to be exact 6 weeks 4 days) pregnant. Alhamdulillah, semoga kita berdua berjaya menempuh 40 minggu yang penuh cabaran ini bersama. Tiada doa daripada mama dan ayah melainkan semoga baby mama ini membesar dengan sempurna, sihat dan menjadi anak yang beriman,soleh/ah dan taat kepada perintah Allah...dan semestinya mama dan ayah berdoa supaya Allah melindungi kamu selama mana kamu berada dalam rahim mama dan sampai bila-bila.
Ketahuilah bahawasanya kehadiran kamu dalam hidup mama dan ayah, malahan tok-tok dan wan-wan kamu AMAT-AMATLAH dinantikan. Kamu hadir dalam kehidupan kami hampir selepas setahun 4 bulan mama dan ayah 'kehilangan' permata pertama kami. Sebuah penantian yang agak lama dan penuh dengan pelbagai perasaan namun Alhamdulillah, mama dan ayah bersyukur atas segala ujian dan dugaan yang kami terima..Sungguh, perit kehilangan masih tersa hingga kini namun keahdiran kamu juga merupakan detik yang paling istimewa buat kami.
Khauf wa Rajaa'.Takut dan berharap. Itulah yang boleh disimpulkan mengenai persaan mama dan ayah bersama kandungan mama kali ini.Takut dengan segala ujian yang mungkin datang semasa mengandungkan kamu dan memebesarkan kamu dan dalam masa yang sama tidak putus berdoa dan berharap agar kamu sentiasa sihat, membesar dengan sempurna dan menjadi anak soleh/ah mama ayah..Amin ya Allah.
وَلاَ تُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ بَعْدَ إِصْلاَحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفاً وَطَمَعاً إِنَّ رَحْمَتَ اللّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ
Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdo'alah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.
Surah al-Aa'raf :56
Kami pohon yang terbaik dariMu ya Allah....perkenankanlah....
Tuesday, November 6, 2012
berat
Ok today mama is happy and worried
sbb berat mama naik sekilo dlm tempoh SEHARI
haha..adoi makan banyak sangatlah ni
nasi lemak,nasi goreng,mee sup,roti semuaaa lah yg high carb adoii
tapi kan tapi kan
ayah baby yang suruh mama makan banyak-banyak
kesian dekat baby katanya kalau makan sikit-sikit
so mama patuh saja hahaha
ok,baby dok elok2 na...harap2 mama's weight tak naik over sangat lah haha
kalau x jenuh nak diet nnt -_-
we love u baby!
sbb berat mama naik sekilo dlm tempoh SEHARI
haha..adoi makan banyak sangatlah ni
nasi lemak,nasi goreng,mee sup,roti semuaaa lah yg high carb adoii
tapi kan tapi kan
ayah baby yang suruh mama makan banyak-banyak
kesian dekat baby katanya kalau makan sikit-sikit
so mama patuh saja hahaha
ok,baby dok elok2 na...harap2 mama's weight tak naik over sangat lah haha
kalau x jenuh nak diet nnt -_-
we love u baby!
Monday, November 5, 2012
Our precious...
Bismillahirrahmanirrahim..
Stay strong stay healthy baby please...mama and ayah love you so much!
Rabbi habli min ladunka zurriyatan toyyibah, Innaka sami'ud dua'....
Thursday, November 1, 2012
The beginning
Assalamualaikum
I don't know where to start actually hihi..Masa mama tulis post ni, I am currently at my 18 weeks of pregnancy Alhamdulillah but I will backdated this entry to November 1st 2012, the day we found about you baby sayang.The little resident of mama's womb...So here goes the little story
Bagi tahun 2012, cycle period mama adalah agak haywire selepas keguguran kali pertama dahulu pada 1 May 2011.. Kadang-kadang pendek saja seperti 22 hari, kadang-kadang it can go up till 37 days. So agak susah sikit di situ untuk meneka waktu subur yang sebenar-benarnya. So sebab dah tak tahu which day is which day (haha), so we just tried our best and let Allah do the rest.
On September 2012, my period was due for more than 35 days. But,again, we tested negative. And for the next cycle, the same thing happened. Period mama lewat lagi. For this time, puting less hope, mama waited longer about two weeks after the expected cycle.On 1 November 2012, after period mama dah delay selama 10-14 hari (thanks to the changing cycle hehe), I bought the test kit again. 2 packs actually haha. Namun disebabkan hal yang sama berlaku pada cycle yang lepas, dan negative, maka mama adalah agak tidak berani untuk buat the UPT test, takut kecewa lagi buat kesekian kalinya. Your daddy, being so lovely as ever, actually did not allow mama to do the test yet as he was afraid that I will be frustrated, tp I just can't let myself be in misery. Apa-apa pun keputusan, I promised him that I will berlapang dada.Redha kata mama.
The first urine, that subuh, I did the UPT test, nervously......Waiting...and within seconds, both the lines appeared. Line yang amat terang! That double line that we have been waited for more than a year! It appeared, AGAIN!Banyak kali mama sapu mata, takut salah tengok, Tampar-tampar pipi takut bermimpi haha. Tapi tidak, It was for real....Subhanallah Alhamdulillah rezeki dari Allah. Mama was ultimately screaming of joy (but only from inside) haha sebab nak usik dady yang tengah mamai2 pun masa tu konon2 it was negative. I made that 'negative' face and daddy seems a bit taken aback tapi sbb kesian sgt muka daddy tu,maka suddenly mama scream again with 'POSITIVE LAAAA!' hahha.. Then barulah dady tu bangun dengan tidak percay masih sedikit mamai haha. We hugged and I cried, cried and cried. Keep repeating Alhamdulillah and tak percaya tak percaya...sujud syukur with ayah pagi itu. The joy was beyond words I just can't describe it.
Itu adalah antara pagi yang terindah dalam hidup kami kerana nikmat daripada Allah yang satu ini...Terima kasih Allah...Terima kasih!
Itu adalah antara pagi yang terindah dalam hidup kami kerana nikmat daripada Allah yang satu ini...Terima kasih Allah...Terima kasih!
The double line
Subscribe to:
Comments (Atom)
